MENGENAI KAMI  PROGRAM KUALITI

MS ISO 9001:2015

Skop Pelaksanaan

  • KMB melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pembangunan Hartanah, Pembinaan / Kontrak dan Pelaburan berasaskan keperluan piawaian MS ISO 9001:2015

Dasar Kualiti

  • KMB adalah komited untuk merancang dan menguruskan Pembangunan Hartanah, Pembinaan / Kontrak dan Pelaburan yang diceburinya bagi menjana pulangan pelaburan yang optimum dengan memenuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti secara cekap dan berkesan.
  • KMB juga komited dalam penambahbaikan yang berterusan bagi memnuhi kehendak-kehendak pelanggan.

Pelan Strategik

  1. Business Excellence
    • Menjana sekurang-kurangnya rezab tunai sebanyak RM 2 juta atau 5 bulan operasi.
    • Menyasarkan untuk membida sekurang-kurangnya 5 tender kerajaan/swasta dalam kelas G7/kementerian kewangan.
    • Membangunkan sekurang-kurangnya 1 projek hartanah secara komersial/perumahan secara usahasama atau dengan kaedah yang lain membawa pulangan keuntungan/balasan sepertimana yang dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah KMB.
    • Mensasarkan sekurang-kurangnya purata 80% hasil dan utilisasi ruang sewaan pada setiap tahun.
    • 100% pemantauan terhadap perundangan dan kontrak.
       
  2. Financial Sustainability
    • Mendapatkan bayaran projek sebanyak RM12.6 juta pada 2018.
    • Mengurangkan liability syarikat sebanyak RM11.8 juta pada 2018.
    • Penyediaan Penyata Kewangan Beraudit Tahun Semasa bagi mematuhi Akta Syarikat 1965.
    • Melaksanakan 100% projek tanpa tambahan kos kecuali arahan kerja tambahan yang dipersetujui bersama.
       
  3. Productivity
    • Ke arah produk berkualiti dengan aduan kecacatan (jika ada) disempurnakan dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).
      Menyiapkan setiap projek pembinaan/kontrak yang dilaksanakan dalam tempoh asal kontrak yang dipersetujui bersama kecuali terdapat Extension of Time (EOT) yang diluluskan.
    • Penyediaan Perjanjian Usahasama/MoU/NDA/Shareholder Agreement dilaksanakan scara dalaman.
    • Menjalankan audit dalam ke atas semua jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun dan memantau 100% tindakan terhadap penemuan audit.
       
  4. Corporate Branding
    • Menjalankan sekurang-kurangnya 3 program berkaitan CSR/Penjenamaan KMB pada 2018.
    • Anggota teknikal yang terlibat dengan lawatan tapak diwajibkan memiliki kad CIDB (hijau) dan menghadiri taklimat keselamatan.
    • Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan perlu mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali bagi tempoh setahun.
    • Persijilan MS ISO 9001:2015 diperbaharui setiap tahun.

 

No
Keterangan
Format
Saiz
Tindakan
1
Sijil QAS.pdf
Format PDF
230kB
Untuk membuka fail di atas, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader Adobe Reader
PROGRAM KUALITI    MS ISO 9001:2015   PROGRAM AMALAN HIJAU     PERSEKITARAN BERKUALITI 5S 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-04-2019 :: 04:18 PM

Pautan Agensi Kerajaan Negeri