TINJAUAN RINGKAS

Apakah pendapat anda tentang laman web baru KMB ini?

Diantara laman web yang terbaik
Biasa
Perlu peningkatan


Office Address
Kumpulan Melaka Berhad
No. 24-5 & 26-5,Tingkat 5,
Bangunan Kota Cemerlang
75450 Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, Melaka
Telephone Number
+606 232 7880
Fax Number
+606 232 8980
Email Address
 
sirim_ukas_ar4367

Profil Korporat

Sebagai teras pelaburan kepada Kerajaan Negeri Melaka, Kumpulan Melaka Berhad amat komited dalam mempercepat dan menjana pembangunan  ekonomi di dalam dan di luar Melaka. Diperbadankan pada 25 Februari 1995 dibawah naungan Pemerbadanan Ketua Menteri Melaka. Misi korporat kami ialah pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, pelancongan, pembuatan dan telekomunikasi.

Di Kumpulan Melaka Berhad, kami bekerja dengan berpandukan prinsip bahawa pelanggan dan kakitangan kami berpuashati dan akan terus memupuk hubungan jangka panjang. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan hubungan jangka panjang yang berguna bagi kedua-dua belah pihak. Seterusnya membolehkan kami menyumbang kepada kemakmuran Kerajaan Negeri Melaka dalam jangka masa yang panjang.

Setiap anak syarikat diberi kuasa untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada para pelanggan kami.Penggunaan teknologi maklumat membolehkan pengawalan tahap yang tinggi untuk menghasilkan perkhidmatan berkualiti. Pasukan kerja kami dilatih, berkelayakan serta dilengkapi untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Melalui program pembangunan tenaga kerja yang komprehensif, kakitangan kami dihantar untuk latihan dan dikemaskinikan dalam segala aspek bidang kerja yang berkaitan bagi mempertingkatkan kualiti serta produktiviti mereka.

 
 
Laman web ini mula dicipta pada tahun 1998
Maklumat dalam laman web ini telah dikemaskinikan pada 28 Ogos 2010; jam 0:29:12
©1998-2006 Hakcipta Terpelihara. Kumpulan Melaka Berhad